Assalamualaikum semua!! Ramadan akan tiba tak lama lagi dan sebagai umat Islam, kita harus bersedia untuk menghadapi antara cabaran paling besar -  menahan lapar ketika berpuasa. Disebabkan itu, antara perkara yang sangat penting juga pada bulan Ramadan adalah menu sahur! Ketika bersahur, kita perlu pastikan yang kita mendapat nutrien yang cukup untuk menjalani hari tanpa makan dan minum dari terbit fajar hingga matahari terbenam. 

Ketika berpuasa, tubuh kita memerlukan semua nutrien yang baik untuk memastikan kita kekal kuat dan bertenaga. Oleh itu, penting untuk kita mencari hidangan yang seimbang dengan campuran karbohidrat kompleks, protein dan lemak sihat. Bila ada semua ni, baru lah kita akan rasa lebih bertenaga dan kurang lapar!

Berikut adalah 5 resipi menu sahur yang simple dan sihat yang anda boleh cuba

Amazin’ Overnight Oats

Overnight Oats

Bahan-bahan:

  • 1 paket Pink Berry Instant Oatmeal 
  • 1/2 cawan susu almond
  • 1/2 cawan yogurt Yunani tanpa lemak
  • 1 sudu besar madu
  • Buah-buahan segar untuk hiasan

Cara-cara:

  1. Campurkan semua bahan ke dalam jar atau bekas kedap udara dan kacau rata.
  2. Tutup dan simpan di dalam peti sejuk semalaman.
  3. Hias dengan buah-buahan segar sebelum dihidangkan.

Amazin’ Telur Rebus dan Roti Gandum

Telur Rebus dan Roti Gandum

Bahan-bahan:

Cara-cara:

  1. Rebus telur hingga masak.
  2. Sapukan mentega ke atas roti gandum.
  3. Sediakan salad hijau.
  4. Hidangkan telur rebus bersama roti gandum dan salad hijau.
  5. Taburkan sedikit campuran Coconut Curry Lime Nut Mix  pada atasnya.

Amazin’ Smoothie Pisang dan Kacang

Smoothie Pisang dan Kacang

Bahan-bahan:

Cara-cara:

  1. Blend semua bahan dalam blender hingga kacang hancur dan sebati.
  2. Hidangkan sejuk dengan ais batu.

Amazin’ Kacang Arab Panggang dan Sayuran

Kacang Arab Panggang dan Sayuran

Bahan-bahan:

  • 1 cawan kacang Arab
  • 1/2 sudu teh serbuk paprika
  • 1/2 sudu teh serbuk kari
  • 1/2 sudu teh garam laut
  • Sayuran segar seperti carrot, terung dan timun

Cara-cara:

  1. Campurkan kacang Arab bersama serbuk paprika, serbuk kari dan garam laut.
  2. Panggang dalam ketuhar pada suhu 180°C selama 10-15 minit atau sehingga kacang Arab rangup.
  3. Sediakan sayuran segar sebagai pelengkap.
  4. Hidangkan kacang Arab panggang dengan sayuran segar.

Amazin’ Salad Buah-Buahan

Salad Buah-Buahan

Bahan-bahan:

  • Buah-buahan segar seperti epal, kiwi, anggur dan pisang
  • 1/2 cawan yogurt Yunani tanpa lemak
  • 1 sudu teh madu
  • 1/2 cawan Blueberry Goji Coconut granola

Cara-cara:

  1. Potong buah-buahan segar menjadi kepingan kecil.
  2. Campurkan yogurt Yunani dan madu dalam bekas.
  3. Masukkan buah-buahan ke dalam bekas dan kacau rata.
  4. Simpan dalam peti sejuk selama beberapa jam sebelum dihidangkan. 

Yay! Resipi-resipi ini memang best dan akan membantu anda kekal bertenaga sepanjang hari! Oats, roti gandum, kacang, yogurt dan telur semuanya adalah sumber protein yang terbaik untuk tubuh anda. Jangan lupa juga makan buah-buahan segar untuk pastikan anda mendapat serat dan vitamin yang mencukupi. Oh, dan akhir sekali, pastikan juga anda minum air secukupnya semasa sahur dan pada malam hari  untuk membantu tubuh anda kekal hidrat. Ini bukan saja penting untuk kesihatan kita secara keseluruhan, tapi lebih penting lagi semasa berpuasa.

Jangan risau kalau anda tak tahu apa nak masak untuk sahur. Resipi yang kami kongsikan di atas amat mudah dan pastinya mengenyangkan! Anda juga boleh merancang hidangan lain yang seimbang dengan nutrien untuk membantu anda kekal bertenaga sepanjang hari semasa berpuasa. Jadi, jangan lupa mencuba resipi yang dikongsikan dan selamat berpuasa! Caiyok caiyok!